MENULIS UNTUK KEPUASAN DIRI, TAPI KADANGKALA HIDUP TERASA LEBIH INDAH BILA DAPAT MEMBAHAGIAKAN YANG LAIN.

Thursday, February 24, 2011

sabor jelaa! haha


GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELURUH KAMPUS

23 Februari 2011


Timbalan Naib Cansel or ( Penyelidikan & Inovasi )
Timbalan Naib Cansel or ( Akademik & Antarabangsa )
Timbalan Naib Cansel or ( Hal Ehwal Pelajar & Alumni )
Pendaftar
Pengawal Kewangan
Pustakawan
Dekan Fakulti
Pengarah Akademik &a mp; Pusat
Timbalan Komandan PALAPES
Pengetua Kolej Kediaman
Pengarah PTM
Pengarah Keselamatan
Pengurus Rumah Universiti

Y.Bhg, Dato’ / Tuan / Puan

GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELURUH KAMPUS UNIVERSITI MALAYA

Perkara di atas dirujuk.

2. Ingin saya memaklumkan serta menarik perhatian pihak YBhg Dato’ / Tuan / Puan bah awa gangguan bekalan air di seluruh kampus akan berlaku pada 01 Mac 2011 jam 8.00 pagi sehingga 02 Mac 2011 jam 8.00 pagi. Ini adalah disebabkan kerja-kerja penukaran injap di Loji Sg. Selangor Fasa 1 dan kerja-kerja pengalihan paip oleh pihak SYABAS di Tropicana City.

3. Sehubungan den gan itu, dapat kiranya semua pihak memberikan kerjasama dan bersabar di atas seg ala kesulitan yang dialami dan bersedia menghadapi gangguan ini. Pihak YBhg Dato’ / Tuan / Puan juga diingatkan supaya lebih berjimat semasa menggunakan air.

Sekian terima kasih.

Yang benar,


Dato’ Ir. M ohd Nor Ismail
Pengarah Pembangunan
Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Harta Benda
Universiti Malaya

No comments:

Post a Comment