MENULIS UNTUK KEPUASAN DIRI, TAPI KADANGKALA HIDUP TERASA LEBIH INDAH BILA DAPAT MEMBAHAGIAKAN YANG LAIN.

Friday, August 5, 2011

so long, goodbye, to u my fren.



goodbye blogger friends.
sorry and thanks.

Friday, July 29, 2011

Are u a girl or a woman?



tadi amek quiz kat blog yonna,

"Congratulations, you've made it to adulthood.
You're emotionally mature, responsible, and unlikely to act out.You accept that life is hard - and do your best to keep things upbeat.This makes you the perfect girlfriend... or even wife!"


aku tak hack pun admin blog tu. memang ni jawapan yang diorang bagi. nak buat macammana kan? muehehe

yes. sEtalker.


tengok balik list blog yg pernah follow dulu, pastu bukak banyak-banyak tab sambil stalk sekor-sekor. mueheheh




dah lama tak buat macamni. last aku buat setahun yang lepas kot -.-'

blogging world is awesome. actually.


tapikan. siapa yang still update blog pasum tu?

Thursday, July 28, 2011

sayang apex. sayang kunalan. sayang anak tangan-tangankan.


tiga anak-beranak is watching Harimau Malaya vs Lions on tv.

abah : "adik, tutup lampu ni, patutlah malaysia tak boleh menang!"

along : "aah. silau!"



korang tak paham kan?
memanglah.sebab kitorang je paham. muahahaha

kita tak boleh expect semua orang boleh paham diri kita kan? but. i know. at least. they tried. :D


apa ni? benci betul. org yg tgk tv1 dah boleh jerit goal dulu dah. lupa plak. astro lembab.


woi sape main laser ni?



kesian Kunalan gua.

takpe. Harimau Malaya mesti menang kalau dah itu yg ditakdirkan :)

mahu pulang ke jalan yang lama



cukup-cukuplah memperbodohkan diri selama dua tahun ni.

kau dah besar panjang. 19 tahun 11 bulan.
dah boleh fikir sendiri kan?



ceyt. tak mahu mengaku lagi umur dah dua puluh. hamboii. tahun depan dah boleh mengundi!

siputsedut betul.aku baru bayar kot.okay.silap.abah aku baru bayar.



kalau berukband dah tuka jadi siputband,
macammana nak download Sekali Lagi?






cesss.

Wednesday, July 27, 2011

terima kasih!



such a very long day.
penat tapi puas.




sumpah rasa macam nak tido je sepanjang masa. hahah

Tuesday, July 26, 2011

harap boleh tido dan bangun2 terus berada di lembah tengah



apa dah jadi ni?
kau tengok.baru jumpa kat twitter dah kecoh haru biru.
kalau jumpa depan-depan. perghhhh. gua habaq awal-awal lah sama itu tokeyy mid valley.

"jaga-jaga cik salmah"






esok ada annual gath dengan clan gua. tak sabar nak jumpa lu orang.

maybe.tak bersalah.



manakan mungkin hatimu tenang, berlaku tidak adil pada yang tak bersalah?


tak pernah dididik menjadi sekejam itu.
apa kau suka, perkara yang kau tak suka jadi pada kau, dilakukan kepada orang lain?

im so mean, well. look who's talking. it is Mrs Hyde.


i wish u could really listen and speak my dear khairul,
instead of just making those be-deng be-deng be-deng sounds,
so then u could answer those phone calls for me.




there is no problem actually. it is just me who doesn't feels like doing so.

and im sorry for being selfish.



dah tahu dah camne nak senyapkan mamat khairul ni selain mute kan speaker tu. just bg dia main dengan teddy then lead him untuk jalan sampai ke tepi. confirm lepas tu dia static kat situ. harap mata je besar. tapi tak pandai nak jeling-jeling pandang belakang to find way untuk patah balik. mueheheheh. yes. takkan tak tahu kot aku memang kejam? cuba try tanya tini. tini pun pernah cakap benda yang sama :D

ini semua salah berukband.




no wonder lah cam lain je aku rasa lagu dia.

i do prefer contemporary and broadway.





benci tak boleh nak embed.
haritu tengok SYTYCD. ye. tiba-tiba tertengok. setelah sekian lama tidak diberi peluang untuk tengok hehe

seriuuuuusssssssss. aku suka gila dance diorang ni.

for me. dance ain't worng aite? given that, it doesn't go beyond da limit. follow His rules.

kalau adik beradik or husband and wife nak menari dalam rumah, takdehal lah kan?

macam benji dengan didi. demmit. so sweet~

if nak doa future husband aku boleh menari macam robert ni boleh tak? ;p
choiii.so demanding!



tangan dah kebas asyik tekan keyboard.



hamboi. ada word verification rupanya.
buang masa tahu tak? buang masa.
even 1 or 2 seconds pun kira bermakna taww.



cess. yang duk terbongkang sibuk baca buku sambil dengar lagu melayu bukannya nak kemas barang-barang dalam beg and susun balik semua benda tu tak dikira buang masa pulak?



duhai hari esok. cepatlah datang. hihi

Sunday, July 24, 2011

macam pilih nama anak



alaa. baru nak namakan dia dino bin saur. tskkk.

dulu spider. sekarang dinasour.



macam seronok je bela pet on9 ni.jealous plak tgk adek aku letak hamster kat blog dia.











p/s.kalo korang dah bagi dia main teddy tu. korang kena amek balik lepastu. kalau tak nanti tak memasal pet aku jadi ayu. aku nak train dia masuk csi okayy.

farid dan awal. kekasih lamaaa!



"by, i nak mintak u tinggalkan dia untuk i?"


kalau aku jd lisa, aku dah jawab. U GILA KE APA? FARID KAMIL TU WOI! kehkeh

advices yg farid bg kat awal tu seriously boleh kasi menitik air mata. :'3








yelaa.yelaaa.aku je yang baru tengok cerita im not single tu. ni first time baru dapat tengok started from the beginning till the end masa diorang lari-lari kat persiaran titiwangsa tu.
easy. panggil jelaa aku loser!

confirm aku takkan pandang punya sbb nama aku ct. muehehe

kat sini boleh maki-maki. bunyi macam sushi tak?



camnilah.camnilah.

yg ni macam Mr Hyde punya blog. yg tu macam Dr Jekyll punya blog.
padahal satu galaksi bimasakti ni tahu diorang orang yang sama kan?



aku rasa yang lagi satu tu tak lama lagi aku nak delete. takpun. biar jd kenangan. buat muzium on9 pun bolehhhhh!

im always wondering, sampai bila agaknya aku akan keep blogging? maybe sampai satu hari nanti dah tak cerita pasal diri sendiri tapi buat entry pasal anak-anak? or maybe biiznillah sampai ke cerita cucu-cucu?

okaylah.jauuuhhh sangat tu.merepek. -.-' well. this is me. ***** creature. :)

Saturday, July 23, 2011

jumpa kat bukit jalil


takpe malaysia.tak menang bola harini pun, kita dah menang tilawah al -quran.

next time, 28hb ni kita menang bola pulak okayy?


s.kunalan.kau tetap di hatiku.



haaa.sekarang baru masa nak bising-bising.kena tulis sini, kat twitter tak puas.
tadi tak boleh tulis.takut nnt player down. :)

lu bajet diorg baca lah pulak kan?? haduiinya punnn! muehehe


dear safiq rahim. lu tak boleh main macam tadi bro.kena bawak-bawak sabar.lu tonggak harapan negara tawwww, harapan nusa bangsa. buatnya kena lagi red card kalau malaysia dapat move to da next stage, haa camno? jawab.jawab.
muslim plak, aiyoo.harini lu macam kucing hilang anak maa.selalu bagus.tapi harini ada sikit kuranglah.
defend malaysia, bila mahu belajar marking player lawan? jangan jatuh rahang sangat syiokkk tengok player import tu gelecek bola depan lu punya gawang.berani-berani sikit rembat and tackle bola tu balik maa.*mentang-mentang aidil takde.hihi
rajagopal, tadikan itu fakhri. erm erm.tayah kasi dia main awal-awal lah lain kali. itu fadhli pun. asyik mamai je.

takpe.takpe.gua tak marah aihh. gua pun bukan sape-sape nak kecoh ini macam.goal kita harini player local yg sumbat okay, bukan macam diorg tu. hmm.singapore ada apa? kehkeh ;p *padang palsu*

selamat berjuanglah abang-abang! we malaysian always love u!

cess.dasar perempuan.byk cakap. hehe

updated : oh oh.untuk singapore. main bola, kejar bola lah bro, bukan sepak lutut orang. psttt.gua tak boleh agak, berapa agaknya seat malaysia nak bg kat uollss.




a smile can change a life



deyhh.bila dh bukak dah dashboard but lepastu tinggal kejap untuk buat benda lain,
memanglah terbang melayang idea nak tulis apa.




anyway.mana janji manismu nak study balik buku text syariah dulu haa?

haa.jawab.jawab. takut ler tu nak jawab.

dahlah.perlu bersiap awal harini. petang ni boyfren gua, kunalan ada game dengan singapore. :)


memang gua sayang celcom lebihlah!



"We hv upgraded yr broadband speed to 1.5Mbps & volume to 4GB for FREE!"


Friday, July 22, 2011

dah pandai blogging jugak dia sekarang ni.



stalk adik sendiri kat fb taraahal kan?

hamboiii.bahasa kemainn.dah macam zaman cerita azura dulu.
ni tatabahasa gerenti 100 %. kehkeh


siapa boleh selesaikan issue berbangkit ni, aku bagi senyuman paling menawan.menarik kan?



aku kan. aku kannn.
masih dalam mood keterujaan bila farell dan sabun kata aku ni pendiam tak banyak cakap kalau depan-depan sehingga memerlukan aku untuk membangkitkan issue panas ini di sini.


biar betul korg ni?

aku rasa aku ni dah macam sampai tahap kena kurangkan bercakap dan start bekerja lebih masa menggunakan anggota badan lain selain mulut.



entahlah.kalau jimah kata dia dah tak kenal aku,
aku pun dah tak kenal diri sendiri sekarang ni.


terujaaaaaa u. watdafish?

Thursday, July 21, 2011

denai apa ke ntah.



abang dia sweet :'3

tak banyak drama melayu yang hero dia cepat-cepat kembali ke jalan benar macam cerita ni.selalunya mesti dah lalok dalam syurga buatan sendiri then baru nak realized hidup dah haru-biru-huru-hara bagai.



amek kau sofea.mael dah ceraikan ko dengan talak tiga. dia lagi sayangkan kimi drpd ko.


ni semua zulhuzaimy punya pasal -.-'


dugong and din



twitter pun dah pandai main spam sekarang ni, huh.

apa ni? apa ni?
tak tahu nak buat apa. nak menaip apa pun tak tahu.


rasanya otak makin lembab time-time cuti ni.
kalau suruh buat soalan structural sekarang,
haih.kalo dulu pun berjam-jam. sekarang berhari-hari kot baru boleh siap satu soalan.

Wednesday, July 20, 2011

kehidupan yang membuhsankan



aiseh.dah makin muak ni haa menghadap laptop hari-hari.
rasa nak muntah tahu tak?


fb pun dah bosan.kalo sign in pun mesti malas nk check noty.

haih.



Sunday, July 17, 2011

malam ni no bola-bola okay. ;p



tu dia.tak keysahlah habis pukul 2 pun.
janji dapat tgk ketika cinta bertasbih 2 >.<

channel 142.sementara free.kehkeh



tapi.hamboii.awal-awal pun dah sedih.

Saturday, July 16, 2011

nisfu syaaban



TAHNIAH malaysia!
gud job babeh.
kasi all out lagi masa date dengan chelsea nnt kay?


oh talking bout date.
kalo husband gua nak ajak date nnt,
gua ingat nak ajak pg tgk team negara sendiri mainlah.tak kesahlah lawan sape-sape.
pakai jersey kebangsaan okay?

malaysia .i love u babeh!

Friday, July 15, 2011

hujan rahmat hilangkan jerebu



harini dah tertumpahkan kuah inti popia kat belt uniform abah.
tulah.sibuk sangat nak gulung popia dekat meja depan,
tak pernah dibuat orang.

padahal kalo duduk meja makan tu boleh je bukak tv dapur tgk cite indon tu -.-'
*indon bkn sbrg indon okay.hahah

thank God takde double kawat petang tadi.

sama je ko kawan ke tak dengan aku kat fb tu.xde beza.


"asal org add je ko approve, asal add je approve..desperate ke ape??euuww..gross..!!"

statement ko tu,aku agree.ramai org macam tu skrg ni.

tapi kan. tapi kan.

erk.aritu yg ko sibuk nak add ktrg yg tak add ko pastu siap canang lagi kat sekalian alam tu, nak kata apa pulak ek?

obsess dgn ktrg?


okay.aku memang keji harini. maaflah. hahahahaha

oh wait.ada lagi satu status ko arini.
aiseh.takkan nak beli *r* pun nak post kat fb kot? -.-'

takpelah.hak asasi. :)

lagipun.janji aku tak kacau kau.kau tak kacau aku.okaylah tu.

dulu dia nakal.



okaylah.admit.confess.
suka baca blog and fb dia sekarang.

serious.dia totally different from dia yg aku kenal masa zaman sekolah dulu.

kenal lah sangat.
aku pandang dia.dia pandang aku. blah.


hahahahahahahahaha.

suka = suka sahaja.


Wednesday, July 13, 2011

i need a doctor.



apsal?
nak bagi hadiah?

bak mai sini Black Pearl satu. kehkehkeh

boooo! tak malu ;p


anyway.setelah dibuat bancian.
banyak rupa-rupanya baju kurung dalam almari ni.
huh.1st year haritu tak byk pakai baju kurung langsung.

hmm.some of them, rasanya baru sekali dua kot pakai.
well. u know me. cerewet tak memasal.
no.salah pilih word tu.

apa nak cakap ek kalo saya tak mahu pakai baju tu lagi for some reasons yg cuma saya sahaja tahu?

budak archie sila belajar rajin-rajin ye! takpe.korg dpt pahala lebih :)



first time makan kuih puteri mandi.

okay yg ni takmo post kt twitter.
nnt ada orang sedih lagi.


dia annoying sejak saya kenal dia.



haih.see, last-last yang bertengkar, muslim sama muslim jugak kan?


udah-udahlah tu.
somehow. kadang-kadang terasa macam nak cepat membesar,
nak tengok apa yang jadi dengan pemerintahan negara.


tapi.tak mahu jd dewasa.i know nothing about life.
nak realized yang iklan samsung kat tv tu guna ayam jantan untuk eramkan telur tu pun aku amek masa yg lama.tu pun abah yg bgtahu.


Appreciate what you HAVE before it becomes what you HAD.*menyesal



hambooiiiii. semenjak dah pandai ber-tweet-tweet ni.
semua benda nak update kat situ je.


tak syokler macam tu.

twitter bukan jenis boleh nak scroll down byk-byk bila terasa nk baca balik benda-benda lepas yg dah kerapu merapu tu.


Tuesday, July 12, 2011

enough means enough.



haih. janganlah kejam sangat zulaiha.

dia tak buat salah apa pun.belajar appreciate sikit boleh tak?


Monday, July 11, 2011

dah start suka dgn kbs world. -.-'



it is not that easy to say,

"go away. im not in a good mood!"



Thursday, July 7, 2011

main bola untuk kejar bola okay, bukan tarik baju or tackle kaki orang.



ohhhh ni 1st time suka bila tengok kelantan menang.


kehkehkeh.



tahniah kelantan! tahniah kuna. tahniah apex. tahniah norsharul :)


kalau nak bakal suami pemain bola boleh tak?
oh nanti jadi macam mak. ;p

hmm.camtu tambah lg satu syarat. main bola dan main basketball. kahkahkahkahkahkahkah

okay.abaikan!

Tuesday, July 5, 2011

keyboard dah tak cantik.


jadi remaja,
selalu lupa.

usia muda bukan semata-mata untuk seronok!



adoi.bila nak sambung kemas file kertas bagai tu?
selalu jugak macamni. bukra. -.-'


bukra eh orang mesir cakap untuk bertangguh?


yang ni sebenarnya yang last. haha


jadi eh nak buat kat stadium?

im glad to here that,
akhirnya impian dan cita-cita saya tercapai.


ceyt.


bagus.tolonglah jangan ganggu orang awam yang tak berkepentingan dengan bersih-membersih ni ye. :)


saya sayang blog saya.maka yang ini yang last lah.



hmm.see.bukan nak kata apa, tapi belum pun si bersih tu start lagipun,
dah ramai dah kat fb yang 'bertukar-pandangan'.


tak ke tu dikira jatuh under kategori petanda nak huru-hara jugak tu?


anyway. sebagai pemerhati bebas. muehehehe. *bajet*

dengan apa yang telah terjadi setakat ni. cuba kita fikirkan apa yang tersirat. :)

1.bersih mahukan perhimpunan diadakan di tepi jalanan, means area pusat bandar termasuk sogo, dataran merdeka, kg baru.
kerajaan akan cakap bersih cuba tarik lebih ramai orang-orang yang ada di tempat kejadian untuk turut sertai perarakan mereka.nak2 pulak tempat tu semua kan area lepak kat kl ni.

2.kerajaan offer bersih adakan perhimpunan di stadium.
bersih akan cakap, kerajaan takut mereka berjaya pengaruh lebih ramai orang awam untuk sertai.

eh dahlah. enough of all this craps. diorang mintak laluan khas kan?
then kerajaan tak benarkan. patutnya bagi je laluan khas tu.
suruh diorang lalu dekat area petaling street and little india. kita tengok sikit apa jadi.

jangan kata korang nak buat style ala-ala orang thailand kumpul ramai-ramai untuk jatuhkan thaksin pulak?

rasanya Islam tak pernah anjurkan umatnya untuk lakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan.

okay ini entry last ye untuk bersih. takut lepas ni dah tak mampu nak cakap secara berhikmah.
baik aku tulis pasal kehidupan aku yang membosankan lagi tak menarik.lagi best. kehkeh


kontroversi betul kau ni ye. hahaa


saya tiada kepentingan politik pun, cuma rasa bertanggungjawab utk beri pendapat.kehkeh


A : Orang yang tidak pernah sertai demo atau melihat dengan mata sendiri memang akan cepat menghukum. Sebenarnya polis perlu bagi laluan dan kawal ia , selepas sampai memo maka akan balik. Apa yang dilihat semasa berhimpun belum bergerak lagi polis akan terus tembak dengan air dan bom asap. malah setelah demo selesai pun provokasi akan wujud di mana ketika makan di kedai makan pun akan di serang oleh polis. Nak salahkan polis pun susah sebab "orang atasan" yang bagi arahan , kalau ingkar nanti kena pecat. Sebenarnya politikus yang kotor risau 8 tuntutan tersebut berjaya dihantar , bagi laluan dan setelah selesai akan balik. Setiap rakyat (yang berpolitik,anti politik,yang pura-pura bebas , yang bebas) akan untung jika 8 tuntutan di laksanakan. Sebenrnya SPR perlu bersifat bebas dari mana2 parti politik. ~demi rakyat, demi negara~


B : no offense.kalau dah kata perhimpunan tu haram, so police akan ambil tindakan sejak awal lagi, mengikut undang-undang yg dah ditetapkan lah. nway. my dad was one of the police officers yg bertugas masa demo dan reformasi yg dah pernah jadi dulu and he told us everything happened there. mereka yang terlibat sendiri kebanyakannya bertindak agresif. kalau polis pun diorg nk pukul, takkan nak suruh police diam tegak macam tu je? i have no political interest. but i wish for perhimpunan bersih dibatalkan.so takdelah pusat bandar sesak, menyusahkan peniaga and org awam je .plus, takdelah cuti polis dibekukan and they could spend more time wif their family.

nak hantar memo tak salah, tak payahlah buat demonstrasi jalanan.

if nak berhimpun jugak, buat je kat stadium. pernah tak agak-agaknya penganjur perhimpunan ni fikirkan kesan yang berlaku terhadap orang awam yang tak berkepentingan langsung dengan perhimpunan ni? perniagaan mereka yang ada kat kawasan tu terjejas. orang awam nak masuk pusat bandar tak boleh.kalau betul nak kait dengan politik. rasanya kalau SPR tu terikat dengan mana-mana parti politik, confirmlah mereka takkan bagi peluang langsung untuk parti yang mereka tak sokong untuk menang dan kuasai negeri tu bertahun-tahun lamanya.and apa yang nak disampaikan melalui memo tu juga sebenarnya boleh buat cara lain.sampaikan melalui pemimpin parti semasa mereka bersidang di dewan rakyat, mereka ada kuasa untuk buat demikian. gunakanlah. takkan luar dewan, boleh bising, dalam dewan, senyap je? :)

A :orang awam pukul polis? setahu saya polis yang serang orang awam hatta setelah selesai demo pun , ketika makan di geraipun di serang kerana pakai baju BERSIH. Macam yang saya katakan tadi , mudah saja , tutup jalan dan bagi laluan untuk rakyat turun dan lihat memo diserahkan , setelah selesai orang awam akan balik dan polis boleh buka jalan semula . orang awam yang sertai demo akan ziarah di kedai2 untuk beli barang. kenapa terlalu takut dengan BERSIH sedangkan hanya hantar memo? , jawapannya mudah iaitu kerana 8 tuntutan tersebut bakal menggugar kepentingan pihak tertentu. Di Dewan Rakyat hal SPR sudah dibincangkan malah ditolak usul kerana BN lebih , demo tidak akan wujud jika 8 tuntutan ini telah ditunaikan dan jika ingin dibincangkan bersama oleh SPR sejak awal kerana SPR sendiri menolak perkara ini dari awal tahun ini. BERSIH2.0 sudah ajak berbincang dari awal tahun tapi apa tindakan SPR? Malah mohon 8 tuntutan dilaksanakan di pilihanraya Serawak sebagai tanda SPR bebas dari mana-mana politik pun SPR tolak. Jika di Dewan Rakyat usul ditolak kerana BN lebih dan perbincangan awal SPR tolak , kenapa salahkan BERSIH? Sepatutnya SPR jangan berlagak semasa BERSIH ajak berbincang dari awal tahun , bila ada demo baru SPR nak bersuara. yang inginkan SPR bersih dan 8 tuntutan ditunaikan BUKAN dari kalangan rakyat pro PR saja , malah ada yang bebas dan segelintir dari pro BN. Kenapa Dewan Rakyat tolak usul 8 tuntutan? =)HARAM bila bukan BN buat , tapi yang berlaku di Penang sehingga ada rosak kereta tu HALAL pula sebab tak de pula fru serang =) Sebenarnya tuntutan ni menguntungkan mana-mana pihak yang bersih. Jika BN atau PR guna tektik kotor maka 8 tuntutan ni sekurang2nya mencegah atau mengurangkan politikus yang kotor. Bagi laluan dan tidak perlu provokasi sehingga ada ugutan bunuh dan jika ada provokasi semasa proses serah memo maka sila ambil tindakan. Tutup jalan berjam-jam sebab ada konsert , xkan xboleh tutup jalan untuk hantar memo? Sebenarnya yang risau bukan sebab revoulusi tetapi risaukan 8 tuntutan tu. Demontrasi wujud bila demokrasi dicabuli tidak kira samaada dibuat oleh mana-mana pihak. =)


C : saudara farisz az II : tuduhan jgn melulu, takut jadi fitnah, tak terbawa awk smpai ke akhirat nti ~ =) polis yg serang dulu ? wahh, agak berat tu... sy nak tanya awak, dlm beribu ribu org yg turut serta dlm perhimpunan awam tu, PASTIKAH AWK yg takde satu pun yg menimbulkan provokasi kpd pihak polis ? awk nampak ke setiap tindakan seorang seorang ahli dlm perhimpunan ? TAK NAMPAK BUKAN =) awk kene ingat saudara, dalam beribu ribu orang yg menyertai perhimpunan tu membawa niat masing2 yg SESIAPA pun tak tahu.. mungkin terdiri dari mereka yg membawa mesej keadilan, mungkin juga daripada individu yg sengaja jadi THE CENTRE OF ATTENTION dan mungkin juga terdiri daripada mereka yg suka menimbulkan kacau bilau, dan mungkin juga yg TAK TAHU LANGSUNG PASAL POLITIK TAPI SUKA SUKA NAK JOIN =) pun ada jugak saudara ~ ^^

ouh ya, ayah sy polis mcm saudari hang li po ni.. jadi kami sebagai anak2 polis ni kalau boleh nak lah spend time together ngn family bila cuti sem. tapi cuti polis terpaksa dibekukan krn hal hal yg sebegini. hairan ya, bila la manusia ni nak belajar bersyukur. bila jenayah berleluasa, tahu pulak panggil polis. lepas buat kerja, ape yg polis dapat ? kututan dan cacian adelah =)

SAVE GAVA berjalan dgn lancar, aman dan damai. kenapa ? puluhan ribu lagi banyak dari BERSIH 1. rileks je polis buat kerja. KERJASAMA kan =) kalo tade ahli buat provokasi, polis takkan bertindak sebarangan. ingat polis ni ade mase ke nak timbulkan kekacauan. kalo boleh nak cepat habis, cepat balik. tp disebabkan adanya provokasi dari rakyat, then polis terpaksa la bertindak.

p/s : ishh.. bangga betul pegi banyak demo ye ~ kami pon pegi jugak, sbg pemerhati =) jom kite rakam BERSIH 2.0 . nak tgok jugak sape yg timbulkan provokasi sbnrnye =)

B : kalau mereka takutkan pasal BERSIH yang sebenarnya perhimpunan HARAM tu, rasanya takdelah mereka beri peluang untuk perhimpunan tu diadakan di stadium ye. and lagi satu.yup.saya pun tak suka juga bila jalan-jalan ditutup sebab konsert. banyak menyusahkan orang. dan sekarang awak setuju benda yang sama dilakukan? jalan ditutup untuk perhimpunan dan menyusahkan lebih ramai orang? haih.takde ke usaha untuk lakukan sesuatu yang lebih baik dari tu? tunjukkan tauladan, bagaimana sepatutnya benda yang baik dilakukan? ibarat macam, bila musuh anda menyerang dengan taik,anda pun bermain dengan taik juga. yup.anda mungkin boleh katakan, tak mustahil perhimpunan ini boleh diadakan dengan aman. tapi tak mustahil juga kan perhimpunan ni boleh bawa huru-hara? الوقاية خير من العلاج. ambil lah tindakan yang lebih selamat. "orang awam yang sertai demo akan ziarah di kedai2 untuk beli barang." amboi.boleh tahan lucu jugaklah saudara ni. ada ke peniaga yang berani ambil risiko bukak gerai semasa perhimpunan tu, dengan segala pengalaman buruk yang mereka pernah tempuhi bila terjadinya demo sebelum ni? even orang awam pun dah mula tak berani nak beli barang di sana sekarang, padahal perhimpunan bersih awak tu belum bermula pun lagi. nampaknya berjaya jugaklah kot perhimpunan tu membersihkan jalan sampai lengang sejak awal-awal lagi. saudara. saya rasa memorandum yang nak dihantar tu tak salah.bukan bermakna saya menyokongnya.cuma wasilah digunakan untuk pastikan memorandum tu sampai.hmmm. buka mata.buka hati saudara. lihatlah ia dari segi perspektif yang lain :)

p/s. elok jugak kot. sambil ziarah beli barang. sambil gotong-royong bersihkan jalan-jalan kat situ. kebersihan kan sebahagian drpd iman? ^^

mungkin awak antara orang yang berniat nak hadiri perhimpunan ni dengan aman. cuma ingin berkongsi, masa demo dulu-dulu kebanyakan mereka yang ditangkap terutamanya anak-anak muda,apabila ditanya tak tahu apa-apa pun tentang demo yang mereka hadiri. mereka cuma hadir disebabkan dibayar dan disuruh menimbulkan kacau bilau. saya harap perkara yang sama tak terjadi lagi pada demo kali ni ye. ;p


Monday, July 4, 2011

tapi kalo aku cakap, tak perasan phone bunyi tu, memang betul pun tu, tak tipu okay.


baru realized.

pelik.
ada masa bila orang call, seronok, boleh sembang merapu macam-macam.
ada masa bila orang call, rasa macam tak nak angkat pun.nak tekan je end call tu.

that's the reason kenapa aku tak suka bergayut.nak sembang better jumpa depan-depan.
*tapi akan jadi masalah bila time aku malas nak keluar. -.-'

yelaa, dibuatnya masa ada orang call, aku tak rasa macam nak angkat but still, aku jawab gak,
nanti aku akan start buat gaya endah tak endah and blur habis sebab tak tahu apa nak cakap.
Facts : org extrovert macam aku mmg direct and tak pandai nak cover line.

see, mesti akan jadi tak best and kesian kat caller tu,
dahlah bukan mistake dia pun.

haih.camno ni?

ye.aku mmg pelik. sorry.




tak suka dgr suara sendiri dalam phone. :3



anything important ONLY



anything important,
if tak dapat reach through phone,


roger kat fb kay. :)
twitter pun boleh,
formspring lagi boleh.


pening kepala main twitter


nice comment miss fallenangel.

it's not that aku pangkah habisan entry mr k the other khairul pujaan ramai korang ni,eventhough entry dia kali ni boleh tahan bikin aku panas gak,it's just that comment masyarakat orang ramai kat situ, omg tolonglah, fake habisan kot korang, kot lah mr k tu legend habisan pun, bukan jatuh hukum wajib pun korang agree sepanjang masa bila baca entry dia.mengampu cukup hebat heh? ikut hati nak post je kat blog lagi satu, tapi kang adalah yang kata aku sibuk carik kontroversi nak up kan rating blog bagai.demmit.watdafreak? so aku post kat sini untuk melepaskan amarah serta pendapat peribadi yg agak ikut sukahati ini.

namun, apa yang bermain di fikiran, masih berkira-kira, nak post ke tak kat situ?

hahahahaha *evil laugh*


oh please.apsal mulut dah naik level longkang balik ni? -.-'




Sunday, July 3, 2011

referee td mcm apa je.sigh. malaysia deserved for a penalty kick jugak okay.



Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it

hurts you, it probably hurts the person too







teringat beli bunga kat famous amos. haha



thinking of doing school reunion :)



but of course. not now. tunggu semua orang balik malaysia dulu lah kan.
skrg ni dah senang, semester break dah serentak.


kita ajak teacher auni sekali.and semua cikgu yg dah pernah mengajar.
ahah.dah boleh imagine, semua org duduk satu table.
maybe dinner together?

nice!


different perspective!



dude. ur blog is nice!




aku suka. matured. tak macam budak sekolah. :)

okayy.tolong terima fact itu ye. budak sekolah memang sinonim dgn word tak matang. ohh budak u pun, sometimes. kehkeh


Thursday, June 30, 2011

buang tebiat memang macamni



pecah record!

bangun awal.sidai baju awal.mandi awal.makan durian lebih tiga ulas.



keep up ur good work. *teringat ayat teacher tulis guna pen merah dalam exercise book sekolah rendah dulu. kehkeh



tahniah



ahah.harini kaki dan tangan rajin bergerak.

semangat kemas buku! :)


esok dah boleh siap packing barang nak bawak pg sem depan. hahah


tetap menyampah.



haha farell.

dah tak marah dah.
entah. rasa macam kelakar pun ada. emo bagai.



tapi.
aku confirm. nnt bila-bila emosi tak stabil, mesti marah balik punyalah kalau teringat.


Tuesday, June 28, 2011

pangkor here we go.




tawaran bengkel al-falah datang lagi.


Sunday, June 26, 2011

*


i am now officially working with my mum.

before this,
just kemas rumah.sidai baju.jaga aina.blablabla.

sekarang,
kita main business bhai! ^^ kehkeh


tolonglah bagi cuti yang aman. tinggal lagi 2 bulan je pun.


yup. memang pun.
aku tak pernah tgk apa yg dia cakap tu from different perspective.
from positive side of me.

bukan tak pernah. tak boleh.

tahu tak, tiap kali aku teringat pasal benda ni,
mood aku akan rosak habis.then mulalah nak marah-marah.

see, how's this crap ruins my life?
*during this SEMESTER BREAK!


heh. bukan kali ni ye untuk motivate diri sendiri segala bagai.
it is just that. aku yakin aku ada kat pihak yang benar.

rasa tak puas hati selagi tak dapat maki depan-depan. grr.

*pastu karang dah maki, barulah nak regret sebab buat tindakan tak matang langsung, bajet kau mafia russia ke apa? haa.time tu barulah boleh motivate diri sendiri. kahkahkah

ni dah kira bukan takat setan buat party. ni namanya setan buat gath besar-besaran. damn u.

Saturday, June 25, 2011

setan buat party.


kalau orang tanya, tak boleh ke lupakan je benda tu?

the answer would be, no. i mean, i big NO.

heh.siapa yang boleh lupakan bila orang sukatikucingjiransebelahrumahdiaje
perlekehkan, pandang rendah,pada hasil kerja kita,
dahlah tak tahu cerita pun apa yang jadi.macammana kita susah payah to make sure everything goes well and under control,
pastu buat sorang-sorang even our team member pun tak tahu apa yang sebenarnya jadi.

bukan dendam. cuma. after a few months. everytime gua teringat, rasa macam ada sumthing dalam hati. sebal.

huh. an insult babeh. insult.

but. macam aku tulis haritu. aku still boleh senyum kat ko. :)



Wednesday, June 22, 2011

mr sheffield selamat pulang ke tempat hujan batu!



demmit. camna aku boleh tak perasan?

*hantuk kepala kat dinding.





haih. kalo nak blocked karang kejam sangat lah pulak.


Tuesday, June 21, 2011

this is my second time saying it. i want benz to falls down from the sky.



my heart is beating like a jungle drum.

haih.ni semua gara-gara aA+bB weyh!
cuak ada.happy ada.menggeletar pun ada.

macam apa yang aku tweet kat twitter.

Addin yang kena seduce dengan Benz. aku yang menggeletar.

couldn't imagine.what would i do if my own Benz treat me like that.
dapat pencuri hati kelas satu macam tu, nak demand apa lagi kan?


tapi.maybelah kot, he need to experienced, macammana rasanya kena kick sepam dua. hahah

Monday, June 20, 2011

baca aA+bB lagi.and hati aku berdebar-debar.



erm.mak aqil tu makan apa ek masa mengandungkan dia dulu?



he's too.. brilliant.

im just knowing that he represents our country for olympiad kat kazakhstan.



anyway. jealous dgn orang yang adik beradik dia semua pulun pakat study oversea.


Sunday, June 19, 2011

entry sakai.


dah baca link ni?


and this is my comment for such this entry.

"husnuzhan = bersangka baiklah.

maybe Sepah dah pun mintak permission ustazah norbayah tu dulu kan.
siapa tahu?
takkan dorg nk p heboh2 plak pasal ni kan. hoho

lagipun.
reality check.
sepah bukan buat apa yg real ustazah tu buat kan.
tak sama langsung.
kalau mmg ustazah buat mcm tu. yelaa kot memburuk-burukkan.

tapi.anyway.there's still.part of it. yg agak tak manis, bila watak ustazah dibuat jd bahan.

just my random thoughts.
waallahualam."


pssttt.aku tetap dgn Jambu. haha kenapa aku suka Jambu? sembang lain kali kay.


Saturday, June 18, 2011

tapi.entah.maybe dgn dia je kot.


it ain't comfortable when there's stranger staying in ur house for almost a week.

okaylah.okaylah. aku keji.
not totally stranger at all. sedara. lelaki. bukan mahram.


susah sebenarnya. nak pulak, im not that 'good'. haih.


anyway. satu penemuan baru.
baru notice yang aku tak boleh tengok lelaki keep wearing kain pelikat all the day dari siang ke malam.
kalau pergi masjid and waktu malam, okay je.
tapi bila siang hari. entah. macam.. scary.


Thursday, June 16, 2011

perut dah lapar.jom tido!



ohoi. jom party di waktu cuti!

jom buat sit up setiap hari! jom puasa! jom revise buku-buku masa spm! jom buat prep reading untuk subject akan datang! jom belajar masak! jom khatam quran! jom jogging pagi-pagi! jom cari duit! jom etc! haha


bajet baik huh?

no.it is kinda peringatan utk diri sendiri.
kita takut kita riak dengan orang lain, tapi tak ke nnt impactnya, kita riak dgn Allah? :)

tak salah kan apply concept surah al-asr.

kena buat jadual!


Tuesday, June 14, 2011

penyakit.



hahaha sabun. kelakar sudah!

habislah penuh timeline twitter aku kalo semua orang aci nak tweet orang-orang best kat situ tiap kali diorg on9. gaya macam compete apa je! ;))


mengarut dah aku.



impressed dgn orang sekeliling.
don't always look at people weaknesses. cuba cari kelebihan mereka :)



aci serabut tak aku?
kat fb aku post. kat twitter pun aku post. kat sini pun post lagi. HAHA



takdelah.serius.kagum.
cuba korg list balik senarai kawan korang.*not only ur bff.but semua orang yg korg kenal.
no doubt. mesti ada part of them yg korang kurang selesa.
tapi.cuba pk-pk balik. diorg sebenarnya ada strong character yang bagus, yang korg boleh buat role-model.


harini nak pergi um. lagi.



Allah bagi peluang nak rasa gempa bumi. :3





mula-mula aku ingatkan ada hantu nak kacau main goyang-goyang kerusi.
yelaa.daripada malam tadi tak sedap hati.
nak pulak mak kata dia tak rasa pun gempa tu.hoho


anyway.rasanya yang aku lupa nak post pasal apa tu maybe pasal Shaheizy Sam. kot. kehkeh


nak beli tshirt JAMBU!



haih. hangin betullah gua bila nak update blog,
tapi dah terlupa nak update pasal apa.


huh.




memanglah orang blood type B ni,
selalunya apa yang dia pk tak lepas keluar dari otak pun.
simpan dalam tu je. =.='


Sunday, June 12, 2011

oh.tidak bersyukur betul.



mak da and pak da kata saya dah kurus.
mereka kata, dulu saya lagi berisi.



tapi.


saya rasa saya dah cukup gemuk dah ni.
bagaimana nak kurus di rumah semasa cuti kalau hari-hari ada masakan yang sedap atas meja makan?



does guy like AO and Ked really exist?



haih. bila time cuti macamni,
datanglah aura nak buat kebaikan tu,

tapi bila dah back on study,
niat nak bertransformasi tu hilang entah ke mana.



tak istiqamah langsung.


erm.keli, amma, korang marah ke?
maaflah.aku memang tak boleh pergi tadi.
takde transport.


Thursday, June 9, 2011

nampaknya dashboard sudah sihat. alhamdulillah :)


haih.banyak lagi benda tak settle nampaknya.

report untuk fac science belum send.
folder dalam external belum sort.
same goes to folder dalam hard disk laptop.
buku, file and notes dalam kotak belum kemas.



semangat nak kemas dah ada tapi kaki dan tangan malas bergerak.

Tuesday, June 7, 2011

jangan pernah berubah



heyy kawan-kawan.

TAHNIAH lah ye :)


pulun lagi next sem okay!

Monday, May 30, 2011

rasa nak menangis.




SAKIT HATI.

serius. SAKIT HATI.

antara tanggungjawab dan family



enough.
tak larat dah dengan semua janji-janji.


urggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.




semoga mak.abah.wan dan adeq nur selamat sampai ke kampung. :')

Sunday, May 29, 2011

when we talk about prinsip hidup masing-masing



ada amanah yang lagi besar kan?
tiga tahun lagi.


tunggu sampai graduate lah :)


btw, tak boleh berdua.kena bawak pokok.heheh


yup.aku pun perempuan.



perempuan memang obses dengan kecantikan eh?

i mean, kecantikan dari segi how they look, their appearance,




erk.erk. cuma kadang-kadang aku rasa melampau.
meloyakan dan memualkan pun ada.

lagi-lagi bila dah sampai lebih limit hukum sedia ada.

perempuan memang hiasan dunia kan? =.='


Saturday, May 28, 2011

nnt saya jawab soalan formspring tu.



boleh tahan menggelabah jugaklah berukband ni pagi-pagi macam ni.