MENULIS UNTUK KEPUASAN DIRI, TAPI KADANGKALA HIDUP TERASA LEBIH INDAH BILA DAPAT MEMBAHAGIAKAN YANG LAIN.

Tuesday, July 5, 2011

kontroversi betul kau ni ye. hahaa


saya tiada kepentingan politik pun, cuma rasa bertanggungjawab utk beri pendapat.kehkeh


A : Orang yang tidak pernah sertai demo atau melihat dengan mata sendiri memang akan cepat menghukum. Sebenarnya polis perlu bagi laluan dan kawal ia , selepas sampai memo maka akan balik. Apa yang dilihat semasa berhimpun belum bergerak lagi polis akan terus tembak dengan air dan bom asap. malah setelah demo selesai pun provokasi akan wujud di mana ketika makan di kedai makan pun akan di serang oleh polis. Nak salahkan polis pun susah sebab "orang atasan" yang bagi arahan , kalau ingkar nanti kena pecat. Sebenarnya politikus yang kotor risau 8 tuntutan tersebut berjaya dihantar , bagi laluan dan setelah selesai akan balik. Setiap rakyat (yang berpolitik,anti politik,yang pura-pura bebas , yang bebas) akan untung jika 8 tuntutan di laksanakan. Sebenrnya SPR perlu bersifat bebas dari mana2 parti politik. ~demi rakyat, demi negara~


B : no offense.kalau dah kata perhimpunan tu haram, so police akan ambil tindakan sejak awal lagi, mengikut undang-undang yg dah ditetapkan lah. nway. my dad was one of the police officers yg bertugas masa demo dan reformasi yg dah pernah jadi dulu and he told us everything happened there. mereka yang terlibat sendiri kebanyakannya bertindak agresif. kalau polis pun diorg nk pukul, takkan nak suruh police diam tegak macam tu je? i have no political interest. but i wish for perhimpunan bersih dibatalkan.so takdelah pusat bandar sesak, menyusahkan peniaga and org awam je .plus, takdelah cuti polis dibekukan and they could spend more time wif their family.

nak hantar memo tak salah, tak payahlah buat demonstrasi jalanan.

if nak berhimpun jugak, buat je kat stadium. pernah tak agak-agaknya penganjur perhimpunan ni fikirkan kesan yang berlaku terhadap orang awam yang tak berkepentingan langsung dengan perhimpunan ni? perniagaan mereka yang ada kat kawasan tu terjejas. orang awam nak masuk pusat bandar tak boleh.kalau betul nak kait dengan politik. rasanya kalau SPR tu terikat dengan mana-mana parti politik, confirmlah mereka takkan bagi peluang langsung untuk parti yang mereka tak sokong untuk menang dan kuasai negeri tu bertahun-tahun lamanya.and apa yang nak disampaikan melalui memo tu juga sebenarnya boleh buat cara lain.sampaikan melalui pemimpin parti semasa mereka bersidang di dewan rakyat, mereka ada kuasa untuk buat demikian. gunakanlah. takkan luar dewan, boleh bising, dalam dewan, senyap je? :)

A :orang awam pukul polis? setahu saya polis yang serang orang awam hatta setelah selesai demo pun , ketika makan di geraipun di serang kerana pakai baju BERSIH. Macam yang saya katakan tadi , mudah saja , tutup jalan dan bagi laluan untuk rakyat turun dan lihat memo diserahkan , setelah selesai orang awam akan balik dan polis boleh buka jalan semula . orang awam yang sertai demo akan ziarah di kedai2 untuk beli barang. kenapa terlalu takut dengan BERSIH sedangkan hanya hantar memo? , jawapannya mudah iaitu kerana 8 tuntutan tersebut bakal menggugar kepentingan pihak tertentu. Di Dewan Rakyat hal SPR sudah dibincangkan malah ditolak usul kerana BN lebih , demo tidak akan wujud jika 8 tuntutan ini telah ditunaikan dan jika ingin dibincangkan bersama oleh SPR sejak awal kerana SPR sendiri menolak perkara ini dari awal tahun ini. BERSIH2.0 sudah ajak berbincang dari awal tahun tapi apa tindakan SPR? Malah mohon 8 tuntutan dilaksanakan di pilihanraya Serawak sebagai tanda SPR bebas dari mana-mana politik pun SPR tolak. Jika di Dewan Rakyat usul ditolak kerana BN lebih dan perbincangan awal SPR tolak , kenapa salahkan BERSIH? Sepatutnya SPR jangan berlagak semasa BERSIH ajak berbincang dari awal tahun , bila ada demo baru SPR nak bersuara. yang inginkan SPR bersih dan 8 tuntutan ditunaikan BUKAN dari kalangan rakyat pro PR saja , malah ada yang bebas dan segelintir dari pro BN. Kenapa Dewan Rakyat tolak usul 8 tuntutan? =)HARAM bila bukan BN buat , tapi yang berlaku di Penang sehingga ada rosak kereta tu HALAL pula sebab tak de pula fru serang =) Sebenarnya tuntutan ni menguntungkan mana-mana pihak yang bersih. Jika BN atau PR guna tektik kotor maka 8 tuntutan ni sekurang2nya mencegah atau mengurangkan politikus yang kotor. Bagi laluan dan tidak perlu provokasi sehingga ada ugutan bunuh dan jika ada provokasi semasa proses serah memo maka sila ambil tindakan. Tutup jalan berjam-jam sebab ada konsert , xkan xboleh tutup jalan untuk hantar memo? Sebenarnya yang risau bukan sebab revoulusi tetapi risaukan 8 tuntutan tu. Demontrasi wujud bila demokrasi dicabuli tidak kira samaada dibuat oleh mana-mana pihak. =)


C : saudara farisz az II : tuduhan jgn melulu, takut jadi fitnah, tak terbawa awk smpai ke akhirat nti ~ =) polis yg serang dulu ? wahh, agak berat tu... sy nak tanya awak, dlm beribu ribu org yg turut serta dlm perhimpunan awam tu, PASTIKAH AWK yg takde satu pun yg menimbulkan provokasi kpd pihak polis ? awk nampak ke setiap tindakan seorang seorang ahli dlm perhimpunan ? TAK NAMPAK BUKAN =) awk kene ingat saudara, dalam beribu ribu orang yg menyertai perhimpunan tu membawa niat masing2 yg SESIAPA pun tak tahu.. mungkin terdiri dari mereka yg membawa mesej keadilan, mungkin juga daripada individu yg sengaja jadi THE CENTRE OF ATTENTION dan mungkin juga terdiri daripada mereka yg suka menimbulkan kacau bilau, dan mungkin juga yg TAK TAHU LANGSUNG PASAL POLITIK TAPI SUKA SUKA NAK JOIN =) pun ada jugak saudara ~ ^^

ouh ya, ayah sy polis mcm saudari hang li po ni.. jadi kami sebagai anak2 polis ni kalau boleh nak lah spend time together ngn family bila cuti sem. tapi cuti polis terpaksa dibekukan krn hal hal yg sebegini. hairan ya, bila la manusia ni nak belajar bersyukur. bila jenayah berleluasa, tahu pulak panggil polis. lepas buat kerja, ape yg polis dapat ? kututan dan cacian adelah =)

SAVE GAVA berjalan dgn lancar, aman dan damai. kenapa ? puluhan ribu lagi banyak dari BERSIH 1. rileks je polis buat kerja. KERJASAMA kan =) kalo tade ahli buat provokasi, polis takkan bertindak sebarangan. ingat polis ni ade mase ke nak timbulkan kekacauan. kalo boleh nak cepat habis, cepat balik. tp disebabkan adanya provokasi dari rakyat, then polis terpaksa la bertindak.

p/s : ishh.. bangga betul pegi banyak demo ye ~ kami pon pegi jugak, sbg pemerhati =) jom kite rakam BERSIH 2.0 . nak tgok jugak sape yg timbulkan provokasi sbnrnye =)

B : kalau mereka takutkan pasal BERSIH yang sebenarnya perhimpunan HARAM tu, rasanya takdelah mereka beri peluang untuk perhimpunan tu diadakan di stadium ye. and lagi satu.yup.saya pun tak suka juga bila jalan-jalan ditutup sebab konsert. banyak menyusahkan orang. dan sekarang awak setuju benda yang sama dilakukan? jalan ditutup untuk perhimpunan dan menyusahkan lebih ramai orang? haih.takde ke usaha untuk lakukan sesuatu yang lebih baik dari tu? tunjukkan tauladan, bagaimana sepatutnya benda yang baik dilakukan? ibarat macam, bila musuh anda menyerang dengan taik,anda pun bermain dengan taik juga. yup.anda mungkin boleh katakan, tak mustahil perhimpunan ini boleh diadakan dengan aman. tapi tak mustahil juga kan perhimpunan ni boleh bawa huru-hara? الوقاية خير من العلاج. ambil lah tindakan yang lebih selamat. "orang awam yang sertai demo akan ziarah di kedai2 untuk beli barang." amboi.boleh tahan lucu jugaklah saudara ni. ada ke peniaga yang berani ambil risiko bukak gerai semasa perhimpunan tu, dengan segala pengalaman buruk yang mereka pernah tempuhi bila terjadinya demo sebelum ni? even orang awam pun dah mula tak berani nak beli barang di sana sekarang, padahal perhimpunan bersih awak tu belum bermula pun lagi. nampaknya berjaya jugaklah kot perhimpunan tu membersihkan jalan sampai lengang sejak awal-awal lagi. saudara. saya rasa memorandum yang nak dihantar tu tak salah.bukan bermakna saya menyokongnya.cuma wasilah digunakan untuk pastikan memorandum tu sampai.hmmm. buka mata.buka hati saudara. lihatlah ia dari segi perspektif yang lain :)

p/s. elok jugak kot. sambil ziarah beli barang. sambil gotong-royong bersihkan jalan-jalan kat situ. kebersihan kan sebahagian drpd iman? ^^

mungkin awak antara orang yang berniat nak hadiri perhimpunan ni dengan aman. cuma ingin berkongsi, masa demo dulu-dulu kebanyakan mereka yang ditangkap terutamanya anak-anak muda,apabila ditanya tak tahu apa-apa pun tentang demo yang mereka hadiri. mereka cuma hadir disebabkan dibayar dan disuruh menimbulkan kacau bilau. saya harap perkara yang sama tak terjadi lagi pada demo kali ni ye. ;p


No comments:

Post a Comment